Tengok tajuk macam bajet dok jauh sangat la kan. Padahal Terengganu ja pon. Dalam malaysia lagi kot. Raya Haji tahun ni Ika tak balik Kedah sebab beberapa hal yang dibangkitkan.
1) Isu harga tiket. Pegi saja dah RM 55.00. Total pegi dan balik dah RM 110.00. Disebabkan Ika ni peminjam PTPTN dan setelah ditolak duit WPP dan juga yuran pengajian, duit baki tinggal pon tak banyak. Kena bayar duit rumah sewa kat sini lagi, makan minum lagi, belanja dapur lagi, bla..bla..bla.. Hujung semester ni mau tak makan la nanti. Fuh! Fuh! Rasa macam dah ada keluarga sendiri. Hak3!
2) Cuti mid sem dengan cuti raya haji sangat la dekat. Kitorang dapat cuti mid sem 2 minggu selepas cuti raya haji (kenapa la tak disekalikan ja) =.=' Kalau balik cuti raya haji, nanti nak balik cuti mid sem lagi. Pokai weh!
3) Disebabkan PTPTN tak bagi bonus raya haji (eh! macam ada ja kan), so, duit baki tidaklah bertambah. Malahan berkurangan. Jadi, Ika kena buat pilihan nak balik raya haji atau mid sem. Setelah dipertimbangkan oleh otak dan hati, Ika decide nak balik cuti mid sem sebab cuti mid sem SEMINGGU ok. Cuti raya haji 4 HARI ja. Tambah pulak test2 yang menunggu giliran lepas cuti raya haji ni. T_T
Dan sangatlah tipu kalau Ika cakap Ika tak rasa apa2 pon kalau tak raya sekali dengan family. Sedih kot. Wuhuu~ Semalam plak bila tengah baca jurnal untuk assignment, tetiba plak radio letak takbir raya. Waaaa~ rasa macam nak balik sekarang jugak uolsss. Then, terus tak ada mood nak buat keja. Taip tajuk assignment dan 4 patah perkataan pon amik masa 3 jam -_-'' Tutup la weh. Keja tu tak jalan sendiri kalau tak da orang yang buat.
Tiba pagi raya plak, semangat bangun solat subuh. Buka tv dengar takbir raya, ceramah 30 minit bersama Ustaz Don. Lepas tu tak tau nak buat apa. Masuk bilik balik. Dalam hati rasa macam nak masak. Tapi, bekal apa ja yang ada. Sadis. Lupakan niat. Hari raya ni rumah kitorang tertutup. Kitorang pon tak tau nak makan apa lagi ok. Minum ja sampai kembung perut =.=' Baju raya? Hello! Mix and match lah. Kain batik dengan T-shirt. Ok what. Bukan orang nak datang pon =P Kalau ada pon orang nak datang, sarung ja lah baju kurung dengan kain batik sedia ada tu. Hahaha! Baru la nampak macam gadis melayu terakhir. Bhahaha!
Apa2 pon, kat mana pon kita..bersyukurlah. Alhamdulillah, sebab diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan AidilAdha tahun ni. Alhamdulillah..Alhamdullilah =)
Anyway..SALAM AIDILADHA!!!
#Hari ni nak cuti dari study, assignment, report, bla..bla..bla..

No comments:
Post a Comment