Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 8 December 2012

DURIAN CREPE!!!

Hello! Assalamu'alaikum...

Semenjak dua menjak ni ramai sangat yang post/cakap/mention pasal durian crepe. Mula2 tak amik kisah sangat pasal benda tu sebab 'durian' kan. Ingat macam durian biasa ja lah. Lepas TERtengok gambar yang SENGAJA di'post' oleh rakan2 dalam alam maya gitu..terliur kau tengok durian crepe ni. Nampak sedap sangat. Macam kuih pau. Gebu~

Ika adalah seorang yang fobia bila nak makan durian disebabkan satu incident yang membuatkan Ika akan fikir 2-3 kali kalau nak makan durian. Ok..ayat pening -_-. Eh! Bukan tak suka durian..just 'fobia' kalau nak makan terus durian yang seulas macam tu ja. It's ok kalau ada orang yang baik hati nak tolong asingkan isi yang dalam keadaan BAIK dengan biji durian tu. Eh! Ngada nak manja2.

Hah! Camni..camni..camni..dalam keadaan camni la Ika takut sikit nak makan.
Bukan takut tertelan biji durian tu ka apa. Walaupun Ika ni rabun, tak da lah sampai tak nampak biji durian yang segedabak besar tu sampai nak tertelan kan. Ika cuma takut kepada penghuni dalam biji durian tu. Yang luar kita nampak boleh la avoid awal2. Yang dalam dok main aci sembunyi tu yang kita tak nampak tu la yang bahaya. Haishhh... Ika pernah makan durian yang luar dan isi dalam nampak elok ja. Sedaaaapppp ja nampak. Bila dah makan sampai nampak biji yang licin tu..tetiba ada penghuni dalaman menonjolkan diri. ULAT ok. Tau tak apa Ika rasa waktu tu. Macam nak keluarkan balik semua isi dalam. Yuksss! Sejak tu la Ika takut nak makan durian seulas seketul camni.

Bila nampak durian crepe yang menjadi sebutan tu..teringin sangat nak makan. Dok mencari2 dan terjumpa ada gerai yang jual durian crepe ni kat TTC (Terengganu Trade Centre) sempena minggu keusahawanan apa benda ntah. Students UMT yang amik subjek berkaitan 'usahawan' (lupa nama sebenar subjek tu) kena buat jualan kat situ. Mungkin salah satu dari tasks diorang kot. Sekarang boleh la tak amik tau kannn..nanti Ika pon kena amik subjek tu sebab ia adalah kursus WAJIB =.= Oh! Balik ke topik durian crepe. Ika beli durian crepe ni kat salah satu gerai yang ada kat sana (Tak tau nama gerai tu. Sorry). 3 ketul durian crepe RM6. So, Ika dengan kawan2 decide beli 3 ketul tu dan share sorang 1 sebab kami pon bertiga ja.

See! Menarik kan? Nampak sedap kan?
Yeah! Memang sedap sebab tak ada biji durian. Eh! Kena mengena plak kan. Sedap sebab ada cream dengan isi durian sebenar dalam tu. Haaa..tu baru betul. Rasa berbaloi beli durian crepe ni.

Disebabkan tahap keinginan yang melampau dan warna yang menarik, maka hamba Allah ni tak sempat menyempat nak sampai rumah. Makan dalam kereta pon boleh~ walaupun tu kereta orang. -__-''

No comments:

Post a Comment