Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 16 August 2012

SYAWAL IS COMING

Hello! Assalamu'alaikum...

Syawal is coming, and Ramadhan is leaving. How sad it is. Tapi nak buat macam mana kan. Putaran hidup. Ada awal, ada akhir..ada permulaan, ada penghujung.

So, bila dah dekat nak raya ni, masing2 sibuk dengan aktiviti raya..kan? kan? Eh! Tapi terawikh jangan lupa plak. Raya..raya jugak, tapi ganjaran Ramadhan kena la kejar jugak. Setahun 30 hari ja kan. Kadang2 29 hari ja. Kita pun tak tau boleh jumpa next Ramadhan ka tak. Haaaa~ apa lagi. Jom2! Rebut peluang ni =D

Tahun ni, Ika dengan mak buat biskut raya. Yeay! Kalau tahun lepas, sempat buat sejenis dua ja biskut raya. Tahun ni nak up sikit. Cadang2 nak buat lima jenis ja. Eh! Last minutes, boleh plak jadi enam jenis =.=
Tu la namanya semangat. Bhahaha!

Kitorang mula dengan biskut mentega. Ikut resepi dalam buku ja semua. =D




Next, biskut semperit. Mak ika nak letak ceri besar2. Bila tanya kenapa, jawapan dia.. "Selalu ceri kecik2 ja. Makan pon tak rasa. Mak nak boh bagi besaq2. Bagi orang makan semperit rasa ceri sama". Ok mak.

doh untuk biskut semperit

memang nak buat bagi nampak banyak jenis bunga -.-'


Station seterusnya, biskut cornflakes.


Biskut ni ada dua bentuk. Hati dan bunga. Sebabnya, Ika tekap pakai acuan bunga, adik Ika plak pakai acuan hati. Nah! Hamik kau. Pilih la nak yang mana =P


Lagi, biskut coklat oreo. Yummy~


Hitam bukan sebarang hitam. Inilah hitam manis. Hahaha! Campuran coklat dan biskut oreo.


Next, biskut kelapa.



Last but not least..tat nenas. Inilah biskut last minutes tu.


Setelah dibakar dan diletakkan dalam bekas, inilah rupanya....


Haaa...unik kan bekas kitorang. Bekas ice-cream pon boleh~ Hahaha!
Tak ada la kitorang nak hidang kat tetamu dalam bekas ni. Nanti biskut2 ni akan dipindahkan ke dalam bekas biskut raya yang SEBENAR. mwahaha! Maknanya, bekas ice cream dan lain2 bekas yang kat atas tu bukanlah penempatan tetap biskut2 raya tu. =D

Semua2 biskut tu kitorang siapkan dalam masa dua hari ja. Bangun sahur buat dua jenis, tengah harinya buat sejenis lagi. Berturutan dua hari. So, apa rasa pon tak tau sebab puasa, kitorang tak boleh rasa =(
Kalau terpahit ka..termanis ka..termasin ka..terkelat ka..diam ja ok. Makan dengan sopan =P

Yang Ika paling suka, doh untuk suma biskut2 tu Ika yang buat. Yeay! Adik hias, dan mak bakar ja. So, dengan bangganya..boleh la cakap ni biskut2 Ika kan. Hak3! KECUALI biskut kelapa. Yang tu 100% mak Ika yang siapkan. Mak Ika buat biskut tu senyap2 waktu kitorang tido =.=

Dan...Ika nak buat sikit ucapan.
Ehem..ehem.. *test suara..1,2,3..

"Mewakili crew2 penerbitan SALEH & FAMILY CORPORATION..Sempena Syawal yang bakal menjelang ni, Ika sekeluarga ingin memohon sejuta kemaafan jika ada terkasar bahasa atau terhalus bicara, terkurang atau terlebih apa2 kepada sesiapa yang mengenali kami. Salam Syawal =)"

p/s : orang utara panggil kuih raya.

4 comments:

  1. rajinnye kak tikah :)

    ReplyDelete
  2. Amboiiii... bukan main seroonoookkkk lagi =)
    eyka , selamat hari raya .. Maaf zahir dan batin
    u are the best ever friend yang i kenal <3
    kalau ada tersilap kata, kerkasar bahasa, tersinggung perasaan , ma minta maaf ye ;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ea Ima. Salam Lebaran, maaf zahir & batin :)

      Delete