Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 10 May 2014

SELENDANG (SHAWL) DAN TUDUNG MURAH

Assalamu'alaikum...

Bismillahirrahmanirrahim..
Kat sini aku nak bagitau satu page FB dan INSTAGRAM yang menjual pelbagai jenis tudung dan shawl..insyaAllah mampu milik dan murah2.

Page Fb ==> https://www.facebook.com/nascollection?ref=hl




INSTAGRAM ==> http://instagram.com/nas__collection atau korang bleh search nas__collection (underscore tu dua kali tau)



Go! and check them out :)

Monday 5 May 2014

Dress/skirt singkat nak dijadikan labuh

Assalamu'alaikum..

Memalam cenggini emang terasa membuak2 nak hupdate blog. Mentang2 esok kelas pukul 10 tapi keja tak buat lagi. Anak ke-2 memang suka buat keja last minit kan? Eh..tak ek? Oh. Ok.

Sebenanya nak bagi tips sikit kalau2 ada dress/skirt yang singkat tapi nak pakai jugak. Haaa..apa nak buat? Manusia memang nak benda susah ja. Hahaha. Kalau macam aku ni susah sikit nak cari dress yng betul2 muat dengan saiz diri. Tinggi tak cukup, berat pon tak cukup. Memng bukan wanita idamanlah senang cakap. Biarlah. Janji sihat..apa nak kesah. Ye dok?

Aku kalau beli dress memang ada la benda yang tak kena. Besar sini kecik sana. Haaaa..nak buat cemana. Redho ja lah. Kalau beli dress selalu badan ok tapi singkat. So, aku pakai la kain labuh yang lain kat dalam. Contohnya...


Yang kain merah tu sebenarnya kain asing ek. Dia tak datang package sekali dengan dress tu. Disebabkan singkat sikit so, aku amik kain lain pakai.  


Same goes with the yellow one. Kain asing jugak aku pakai kat dalam. Dress hitam tu aku beli bundle korea ja. Tau lah kan baju korea cemana..so, nak tutup aku buat cemni. 
  


Ni pun sama jugak. Kain hitam tu asing. Aku pinjam kain adik. Ha...sapa cakap tak boleh pakai baju adik? Kalau adik kita besar dari kita? Tak salah kan? Ayokkk..jawab..jawab..

Nampak tak kegigihan kat situ? Nak pakai macam orang tapi saiz macam tak berapo nak hado.. Pandai2 lah mak jemah. 

Ok? Anda berani? Berhati kering? Tahan dengan cemuhan orang? Gigih? Sila cuba =D

Assalamu'alaikum ;)





Wednesday 2 April 2014

LANGKAWI

Assalamu'alaikum..

Lamanya aku amik masa nak update pasal ni. Hahaha. Pegi Langkawi waktu chinese new year haritu tapi baru sekarang nak update. Malas nak hadap blog tapi sekarang dah rajin sebab esok aku nak balik kedah. So, mood tu happy lain macam. Hihi..

Masuk kali baru 2 kali aku pegi langkawi walaupun aku dok kedah dah 23 tahun. Haih! Sadis. Sekali nak pegi haritu macam2 dugaan datang. Dari sebelum pegi sampai la dah balik. Lain kali jangan pegi waktu cuti umum gitu ye anak2. Aku dah hadap dah dengan benda. Ramainya penduduk bumi Allah yang tahu. Plan nak pegi hari jumaat bertolak pepagi pastu sampai perlis (sebab naik kat jeti kuala perlis) tengok orang masyaAllah..ramai yang amat. Beratur nak beli tiket sampai ke tengah jalan. Dah tu pegi tanya tiket, tiket plak ada 4.30petang ja. Hello..aku sampai dlm pukul 10pagi kot. Takkan nak tunggu. Nak lepak mana? Dah tu kami amik keputusan beli tiket untuk esok. Balik la semula ke kedah tunggu esok la plak bertolaknya. Bertolak lah kami sekeluarga pukul 11.30pagi hari sabtu.

Wakakaka! Jakun ar kejap sebab lama tak naik feri :P

Kami booked siap2 homestay kat langkawi takut sampai sana dah penuh. Aku ingat dah settle. Rupa2nya bila sampai kat langkawi nak pegi homestay tu boleh plak owner dia bagi kat orang lain yang sampai dulu. What?! Aku macam @#$%^&*. Kami booked dulu kot. Deposit pon dah bayar. Angin ar satu keluarga. Then, dia bagi tempat lain kat kami. Ok la sikit. At least dia ada backup. Masalahnya pula bila sampai sana sekali lagi kami dikejutkan. Haih..memang suka buat surprise ni =.= Malas ar nak bagitau. Nah..tengok ar sendiri rumahnya..


Kat bawah tuan rumah, kat atas disewakan kat kami. Bhahaha! Macam lawak pon ada perjalanan kami ni. Ok la. Rasa la suasana kampung. Katil pon ada banyak. Toilet sekali kat atas tu. Maknanya macam kami sewa satu rumah tapi bahagian atas ja. Faham tak? -.-'' Tapi satu ja la macam kurang sikit. Ayah aku bayar memahal kami dok terbayang homestay macam standard homestay ar kan. Ada aircond, lantai bertile. Tapi ni pakai kipas ja la. Kalau tengah hari memang rasa macam kat sauna ar. Dah la dok bahagian atas kan. Bila malam memang sejuk beku la. Tapi alhamdulillah..selesa la jugak. Ada juga tempat nak menginap dari kena tido dalam masjid. Hakhak!

So, lepas settle semua tu..kami mulakan trip. Mula2 cari makan. Nasib baik kedai makan depan rumah ja. Pastu pegi makam mahsuri, beras terbakar, idaman suri, pantai segala pantai yang ada.


adik kat tengah nampak macam kakak. ok. fine.
makam mahsuri. Al-fatihah..



susah sebenarnya nak ada gambar 3 beradik sekali ni


cinta hati <3



beras terbakar
Hari pertama settle. Hari kedua pegi beli coklat. Yeay! Benda wajib kena bawa balik kalau pegi langkawi. Pastu pegi muzium negeri dengan dataran lang. Nak balik jalan jam malas nak cakap. Huh!





Nak balik pon satu hal. Feri pon boleh delayed. Tiket pukul 4petang, pukul 5.30petang pon kami tak naik feri lagi. Pastu bising gila kat terminal tu. Sakit otak aku. Dah boleh naik feri kena berebut tempat plak. Main ikut sedap ja nak dok mana. Disebabkan perjalanan dah tak ikut jadual..so, dorang lepaskan ja semua orang pegi berebut feri. Nasib lah kau. Nasib baik kami dapat seat. Ada plak yang skema sangat nak jugak duduk ikut number seat dia. Begaduh la ha kat situ. Kitorang macam tengok drama ja. Hahaha! Dah settle baru boleh bertolah. Nah ni gambar kenangan kat jeti langkawi.

nampak tak orang kat belakang bersesak

Alhamdulillah..selamat jugak perjalanan pegi dan balik kami sekeluarga. Moral of the story..jangan pegi waktu tengah cuti panjang. Ok. Dah :)