Tak tau nak mula dari mana *padahal dah start pon*. Ok, masanya untuk menjadi lebih serious. Nak tulis benda serious, Ika kena serious. Harap2 entry ni tak menyakitkan hati sesiapa, menyinggung perasaan sesiapa, dan mengguris/melukakan hati sesiapa. I just wanna say 'thank you'.
Thank you for everything that you have done. Yeah, I really mean it. THANK YOU SO MUCH. Sebab lepas keputusan yang anda buat tu membuatkan Ika berubah. In shaa Allah, harap ke arah yang lebih baik kerana masih membaiki. Sakit..tapi Ika bersyukur dengan apa yang dah terjadi. Mungkin Allah nak sedarkan Ika dengan cara macam tu. Alhamdulillah. Ika betul2 tersedar. Lepas kejadian tu..almost 2 years ago I guess..Ika banyak muhasabah diri. Thank you. Disebabkan kejadian tu jugalah Ika kini cuba untuk menjadi muslimah yang lebih baik (in shaa Allah). Diri yang dulu tidak memahami erti sebenar menutup aurat sebenar-benarnya kini cuba sedikit-demi sedikit untuk membaiki cacat dan juga celanya.
Tudung yang dipakai dulu hanya untuk menutup kepala, kini cuba untuk menutup dada. Kaki yang dulunya tidak tertutup kerana mengambil ringan perihal kaki juga merupakan aurat wanita, kini cuba sebaik mungkin untuk tidak ditayang. Baju yang dulu seolah-olah hanya membalut aurat akibat terlalu mengikut arus pemodenan kini cuba untuk menutup aurat. Maklum sahaja jiwa remaja, bagaikan terikut-ikut dengan apa yang dilihat. I mean..dalam berfesyen..walaupun dulu taklah bergaya sangat pon. (Padahal sekarang pon sama). Kini..diri ini cuba sedikit demi sedikit bagi membaiki diri. Moga Allah kekalkan hati ini. Ameen..
Kejadian itu..membuatkan diri Ika terasa begitu kecil. Semangat diri bagaikan hilang bersama air mata yang mengalir. Dengan sisa kekuatan yang berbaki, Ika cuba untuk bangkit kembali. Seceria dahulu. Segembira dahulu. Berbekalkan kepercayaan terhadap kesetiaan Allah S.W.T., Ika lebih mendekatkan diri pada-Nya. Ya! Ika menemui ketenangan setiap kali bersujud dan membasahkan lidah dengan ayat suci yakni Al-Quran. Menemui keratan ayat suci yang bermaksud:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan
kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
menambahkan semangat yang telah hilang bersama saat2 yang berlalu. Alhamdulillah..setelah beberapa bulan selepas kejadian itu berlaku, Ika dapat semula semangat dulu. Alhamdulillah..dah boleh jadi seceria dahulu, segembira dahulu..bahkan lebih dari sebelumnya. Hati tersedar bahawa setiap kejadian yang berlaku, pasti membawa hikmah. In shaa Allah..yang baik2 kerana Dia Maha Mengetahui yang terbaik. =)
Anda...thank you. Kerana keputusan yang anda buat dulu telah memberi dan membuka peluang untuk Ika ke arah yang lebih baik. Memberi peluang untuk Ika membaiki diri. Thank you. Doakan agar diri ini istiqamah dalam menyusuri ke arah yang benar. :))


No comments:
Post a Comment