Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 12 February 2013

PERCUTIAN KELUARGA

Hello! Assalamu'alaikum...

Cuti semester kembali lagi (padahal dah dekat sebulan pon cuti). Perjanjian yang dibuat antara mak dan adik ditunaikan mak dengan membawa dia (termasuk kami2 yang lain) ke Perlis. Rancang nak ke Penang tapi disebabkan Tahun Baru Cina, hasrat dibatalkan sebab jalan mesti sesak punya wa cakap lu. Kedai pon mana ada bukak meh. Perjalanan bermula pada pagi 10 Februari 2013. Betul2 jatuh pada hari sambutan Tahun Baru Cina. Saja nak buat riuh tengah jalan (eh!). Destinasi pertama yang menjadi tujuan adalah Wang Kelian. First time kot pegi sana. So, jadi macam jakun sikit. Masuk kawasan Thailand buat bising. Hahaha!
Jakun sangat bila dapat mesej dari celcom pon nak riuh. =.=

Ni ja yang mampu. Maaf. Kamera tak canggih :/
Jalan2 dalam tu dengar orang cakap Thai. Terasa macam berada dalam drama bersiri Thai. Adakah pelakon2 Thai berada di sekeliling aku? -_-''

Macam biasa. Gambar sebagai kenangan :))

Tengok. Bergambar tengah panas kau. Kau hado? Hahaha..










See..my adik lagi vogue dari iolss tau.

Lepas tu..kitorang ke Padang Besar. Tempat ni bukanlah first time pegi. Tapi lama2 sekali pegi sana. Ada la 3-4 kali jugak dah ke sana. Setiap kali pegi dah berubah sikit tempatnya. Dah buat baru. Lebih kemas, lebih teratur.

-image from google-

-image from google-
Gambar ori tak ada, gambar curi ja yang ada. Curi dari cik google sebab tak sempat tangkap pon. Sibuk dok tengok barang2 dalam tu sampai lupa kamera seketika. Excited sangat tengok barang keliling Ika bagaikan di syurga membeli belah. Ecewaahh..
Walaupun satu badan terketar-ketar akibat kelaparan yang terlampau bagaikan terkena Parkinson, namun tetap ku gagahi jua berjalan sambil mencuci mata. Miahaha!

Sebelum balik, kami singgah di Tasik Melati. Rasanya kali terakhir datang sini waktu Ika kecik2 lagi. (walaupun sekarang pon masih kecik). I mean..waktu umur Ika awal belasan tahun kot. Sekarang bila dah pegi balik, dah lain! Cantik :))












Gambar yang kat atas ni, ni haa...betul2 atas ni, sangatlah istimewa. Adik request tangkap gambar sama macam waktu kami kecik2 dulu. Tempat yang sama, kedudukan yang sama, orang yang sama :D Cuma ketinggian dah tak sama. Hihi.. Sebenarnya Ika dengan adik Ika penah tangkap gambar macam ni dulu. Macam dejavu. Me like it. ;)

Disebabkan perasaan yang tersangat happy dan berpuas hati walaupun penat, kami menggila sebentar di dalam kereta. =__=






Kaca mata yang dipakai Ika dan adik adalah kaca mata yang sama dibeli kat Wang Kelian. Akaknya hanya tumpang sepasang mata. >_<

Bagi Ika, barang2 kat Wang Kelian lebih murah berbanding di Padang Besar. Percaya atau tak? Explore sendiri.  (。--‿◕。)


THANKS TO YOU

Hello! Assalamu'alaikum...

Tak tau nak mula dari mana *padahal dah start pon*. Ok, masanya untuk menjadi lebih serious. Nak tulis benda serious, Ika kena serious. Harap2 entry ni tak menyakitkan hati sesiapa, menyinggung perasaan sesiapa, dan mengguris/melukakan hati sesiapa. I just wanna say 'thank you'.

Thank you for everything that you have done. Yeah, I really mean it. THANK YOU SO MUCH. Sebab lepas keputusan yang anda buat tu membuatkan Ika berubah. In shaa Allah, harap ke arah yang lebih baik kerana masih membaiki. Sakit..tapi Ika bersyukur dengan apa yang dah terjadi. Mungkin Allah nak sedarkan Ika dengan cara macam tu. Alhamdulillah. Ika betul2 tersedar. Lepas kejadian tu..almost 2 years ago I guess..Ika banyak muhasabah diri. Thank you. Disebabkan kejadian tu jugalah Ika kini cuba untuk menjadi muslimah yang lebih baik (in shaa Allah). Diri yang dulu tidak memahami erti sebenar menutup aurat sebenar-benarnya kini cuba sedikit-demi sedikit untuk membaiki cacat dan juga celanya.

Tudung yang dipakai dulu hanya untuk menutup kepala, kini cuba untuk menutup dada. Kaki yang dulunya tidak tertutup kerana mengambil ringan perihal kaki juga merupakan aurat wanita, kini cuba sebaik mungkin untuk tidak ditayang. Baju yang dulu seolah-olah hanya membalut aurat akibat terlalu mengikut arus pemodenan kini cuba untuk menutup aurat. Maklum sahaja jiwa remaja, bagaikan terikut-ikut dengan apa yang dilihat. I mean..dalam berfesyen..walaupun dulu taklah bergaya sangat pon. (Padahal sekarang pon sama). Kini..diri ini cuba sedikit demi sedikit bagi membaiki diri. Moga Allah kekalkan hati ini. Ameen..

Kejadian itu..membuatkan diri Ika terasa begitu kecil. Semangat diri bagaikan hilang bersama air mata yang mengalir. Dengan sisa kekuatan yang berbaki, Ika cuba untuk bangkit kembali. Seceria dahulu. Segembira dahulu. Berbekalkan kepercayaan terhadap kesetiaan Allah S.W.T., Ika lebih mendekatkan diri pada-Nya. Ya! Ika menemui ketenangan setiap kali bersujud dan membasahkan lidah dengan ayat suci yakni Al-Quran. Menemui keratan ayat suci yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) 

kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan 

kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

menambahkan semangat yang telah hilang bersama saat2 yang berlalu. Alhamdulillah..setelah beberapa bulan selepas kejadian itu berlaku, Ika dapat semula semangat dulu. Alhamdulillah..dah boleh jadi seceria dahulu, segembira dahulu..bahkan lebih dari sebelumnya. Hati tersedar bahawa setiap kejadian yang berlaku, pasti membawa hikmah. In shaa Allah..yang baik2 kerana Dia Maha Mengetahui yang terbaik. =)

Anda...thank you. Kerana keputusan yang anda buat dulu telah memberi dan membuka peluang untuk Ika ke arah yang lebih baik. Memberi peluang untuk Ika membaiki diri. Thank you. Doakan agar diri ini istiqamah dalam menyusuri ke arah yang benar. :))