Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 30 July 2012

KATA MAK SAYA......

Hello! Assalamu'alaikum...

Ika tak ada la pro sangat dalam masak memasak ni. Tapi alhamdulillah, cuti semester 2 bulan ni Ika banyak belajar memasak dengan mak Ika. Tolong sikit2 kat dapur sambil2 tu ada la slot Q&A =D
Sesi soal oleh Ika dan jawab oleh mak Ika. Haaa..best kan? ^_^

Bila dah belajar tu, mesti la dapat serba sedikit ilmu kan. Tips2 yang boleh dikongsi, Ika catat dalam blog ni ea. Amboi~ dah advance. Tak pakai kertas dah sekarang, terus catat dalam blog kan~ Memang Ika masak bawak laptop pon sepanjang masa..hahaha *tipu2* =.='

Jom2. Let's begin :

1) Kalau nak masak pakai cili kering, tapi tak nak pedas sangat..cara potong cili kering tu haruslah menyerong supaya biji2 dalam cili tu senang dikeluarkan.

nampak tak garisan merah tu? Tu la cara potong dia.


2) Kalau nak tumbuk cili dalam lesung batu, sebelah tangan pegang la pinggan yang jernih/lutsinar dan letakkan di hadapan muka bagi mengelakkan cili yang ditumbuk tu melompat ke dalam mata korang..hehe. Oh! Jangan risau pasal pinggan tu. Dia takkan halang pandangan korang kalau korang guna pinggan yang lutsinar. Motif la kan Ika suruh guna pinggan lutsinar tu =D

Pengalaman Ika waktu kenduri kat kampung dulu. Ika penah tengok mata seorang mak cik tu merah sebab cili melompat ke dalam mata dia waktu di tengah menumbuk cili. Merah kau mata dia. So, tak salah kalau ambil langkah berjaga-jaga.

3) Keladi tu gatal kan? Macam Ika yang suka asam pedas batang keladi, ini penting supaya batang keladi yang korang masak tu tak gatal bila korang makan. Sebelum masak batang keladi mengikut sesedap rasa korang, batang keladi tu seeloknya direbus/dicelur dahulu bagi menghilangkan gatal keladi. Pastu, baru la batang keladi tu boleh dimasak sesedap rasa =)

4) Kerabu mangga. Yummy~ Kalau nak buat kerabu mangga, mesti la ada mangga kan. Dan mangga tu adalah mangga muda. Mangga muda plak selalunya masam kan. Haaa...ni la nak cakap. Nak hilangkan sikit rasa masam tu, rendam la mangga muda yang dah diparut tu dalam air garam, pastu ramas2 mangga tu dalam air garam tadi (jangan sampai hancur plak). Mangga kalau masam sangat nak buat kerabu pun tak sedap sebab dia akan tenggelamkan rasa manis gula, pedas cili yang dicampur. Jadi, air garam ni akan hilangkan sikit rasa masam tu. Tapi tak hilangkan semua tau. Sikit ja. So, mangga tu akan jadi sedang2 ja masamnya. Rasa masam+manis+pedas dalam kerabu baru best kan?

Memasak itu sebenarnya seronok kalau korang enjoy. Tak payah rasa terpaksa ka apa. Cuma ikhlas ja, then korang akan rasa seronok nak masak =)

Sampai sini dulu ea. Banyak lagi yang Ika kena belajar. (sambung menuntut.....)

Selamat mencuba! (◕‿◕)



Monday, 23 July 2012

JEALOUSY

Hello! Assalamu'alaikum...

Jealousy = cemburu

Yes, we gonna talk about jealousy..

Cemburu ni boleh jadi macam2 jenis kan?
Like...

Cemburu antara :

  • Kawan dengan kawan
  • Girlfriend dengan boyfriend (or vice versa)
  • Adik beradik
  • Musuh
See..banyak kan? Tapi yang paling famous, cemburu dengan pasangan la kan? I mean..girlfriend/boyriend, tunang, suami/isteri..or..whatsoever lah.

But..bukan nak cakap pasal cemburu tu. Hari ni nak cakap pasal perasaan cemburu between siblings. 





Pernah tak tengok budak2 cemburu dengan adik/abang/kakak sendiri? Atau..korang sendiri yang pernah rasa perasaan tu?
Sometimes, terpikir gak. Kenapa perasaan tu boleh timbul..walhal dengan ahli keluarga sendiri? They are your own siblings kot. Come on la. Apa cemburu2 ni? Haishhh... Positive la sikit..

Tau tak perasaan ni boleh mengundang perang..opsss..i mean, pergaduhan? Bermasam muka antara adik-beradik..tak elok ok. Tuhan marah~

Pernah nampak situasi macam..
Adik amik barang kakak/abang, pastu tetiba dirampas balik oleh si owner tu..
                                                                           or
si owner tu mengadu kat mak/abah supaya adik tu kena marah..
                                                                           or
buat2 nangis bila nampak mak/abah dukung atau kendong..errr..atau apa2 ja lah istilah yang seerti dengannya

Lepas tu nampak la muka si pelaku tu puas hati, tersenyum lebar, minta simpati bila si mangsa tu kena marah atau tak dipedulikan.
Like.."Yes! Padan muka. Hahahaha! Puas hati aku." O.o *sangat menyeramkan*


Haaa..tu la symptom2 cemburu.
Teruk kan? Takut kan? Lagi buruk kalau ianya menjadi dendam. Uishhh..mintak dijauhkan.

Setelah dikaji dan diteliti (wahh..kaji la sangat)..ok, kajian dan telitian tu adalah tipu =.=
Setelah tengok2 balik, antara kemungkinan perasaan ni wujud adalah sebab si pelaku tu nakkan lebih perhatian..mungkin jugak sebab dia penah menjadi anak tunggal sementara waktu sebelum mendapat adik baru..atau dah biasa dimanjakan. So, dia tak boleh terima bila ada orang lain yang nak amik tempat dia.

Oh! Ika cakap ni sebab penah nampak situasi macam ni..dan penah rasa sendiri. Tapi waktu kecik2 dulu la. Sekarang dah tak peduli dah. Dah matang sikit...kot =D hahaha!

Jadi, parents dan penjaga2 kat luar sana tu..please treat your children equally. Jangan ada yang bias. Dan, pada masa yang sama..apa yang kita buat, akan jadi ikutan untuk anak2 kecil. Kalau parents berat sebelah..lebihkan anak sulung/anak bongsu/mana2 anak..tak mustahil nanti anak2 akan buat benda yang sama.
Dan..satu lagi..jangan manjakan anak berlebih2 sebab budak tu mungkin akan naik kepala. Nak ka jadi macam filem 'anakku sazali'? Tak mau kan? Haaa..so, treat your children wisely.

Kadang2, didikan parents dah elok..dah cantik..tapi anak still macam hampeh. Yes, sometimes, kelakuan tu bergantung dalam diri empunya badan. We can't totally blame the parents. Cara pembawakan diri, pengaruh, suma2 tu bergantung macam mana diri sendiri nak handle.

p/s: it's not easy to be a parent




Thursday, 19 July 2012

BESTNYA JADI IBU MUDA

Hello! Assalamu'alaikum...

Best kan kalau jadi ibu waktu muda =)
Ada baby..aww..bestnya! Nanti kalau anak dah besar, nampak macam kakak dengan adik sebab mak still maintain muda. How sweet~

Hari ni, Ika dengan kawan2 Ika pegi ziarah kawan Ika yang baru 3 minggu bersalin. Mak dengan baby super cute. Comel sangat. Having baby at age 21 is awesome. Tetiba rasa macam nak kawin cepat..hahaha.
Baby itu kecil~ Baby itu comel~ Ohhoooo..adorable..

dari kiri : Ika, Fashan, Fadz, Tasha, Rose..and..the baby =)

keep holding on~ *nyanyi lagu avil lavigne* hahaha!
itu tangan syazni. sangat excited bila baby pegang tangan dia =D

ni angkat baby..bukan baby angkat tau =P

dan inilah bakal2 ibu..a few years to go =.=''
Abaikan caption untuk gambar di atas tu. Eh! Tapi tak salahkan kalau ada angan2 dan impian? Amiinnn...hehehe..

Tapi kan, Ika tak pandai nak pegang baby yang kecik lagi. Means..kepala dia masih lembik. Teringin nak pegang tapi memikirkan anak orang, simpan dulu lah hasrat tu. Kena praktis dengan anak sendiri dulu nanti..hahaha! =P

Haaa...gambar mak kepada baby hanya untuk simpanan peribadi kami2 ja sebab mak dia dalam keadaan yang tak mengizinkan kami untuk expose gambar tu =)

Next destination --> Star Parade, PACIFIC untuk lunch.
Panjat tangga sampai 3rd floor untuk makan kat food court. Err..actually, bukan panjat sangat pun sebab ada escalators ~.~

menu untuk lunch : nasi ayam + milo ais
total = RM 6.00

Dan kami..seperti biasa..masih sempat bergambar..hahaha!

dari kiri : Fashan, Fadz, Ika

dari kiri : Rose, Tasha, Syazni

Next destination --> rumah masing2 =D

Thank you..friends 

Sunday, 15 July 2012

UMT BRINGS US TO TERENGGANU

Hello! Assalamu'alaikum...

Universiti Malaysia Tercinta a.k.a UMT (Universiti Malaysia Terengganu)    ~.~
Tak sangka Ika dah abeskan pengajian Ika kat UMT untuk tahun pertama. Banyak sangat kenangan yang Ika dapat. Jom Ika crita. Chop! Kenapa baru sekarang nak crita? Padahal dah setahun. Ok2, baru2 ni kan keputusan UPU untuk adik2 yang nak sambung degree baru ja keluar. Tetiba teringat balik kisah Ika dulu. Dah tau dapat UMT, fikir jauh la..apa la kan. Haaa..orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Betul tak? :D

Sekarang, jom tengok aktiviti Ika kat sana. Opsss..lupa nak bagi WARNING. Entry kali ni akan menjadi entry yang sangat panjang dan dipenuhi dengan gambar ea. Banyak. I mean A LOT. So, kalau tak nak menyesal kemudian, rasa macam tak sanggup nak tengok aksi kitorang yang pelik2..cepat tekan button 'X' kat atas. Kalau rasa nak jugak tengok, nak jugak scroll ke bawah..ok, suka hati.

woot~ woot~ ni kat library. Blink2 gitu. Cantik kan? Kau ada? hahaha!

Bangga jadi student KIMIA..wohoooo~
Student kimia boleh pakai lab coat..so, amacam? macam Dr. x? ;D

We are family of chemistry

Semester pertama Ika masuk unit uniform untuk aktiviti ko-k. WATANIAH :D
Walaupun satu semester ja, pengalaman yang Ika dapat..tak ternilai tau. Haaa..tak ada jual pengalaman tu.
ok.baju itu besar  =.='

Abg2 dan adik2 "askar-to-be"..hik3!






Next, sukan kelab kemahasiswaan kimia (KKK)...
iklan basikal =.='

besties :)


ohho~ bowling kepala..eh! kelapa

comel kan? hik3!

futsal lelaki

futsal wanita

Dah puas jejalan kat dalam UMT. Jom ke luar plak. Explore Terengganu!!!

Jejalan dekat2 dulu ea. Pantai Tok Jembal. Hah! Pantai ni memang popular dalam kalangan pelajar UMT sebab....pantai ni dekat ja dengan UMT. Kat belakang ja kot. Jalan kaki pon boleh :D
Petang2 boleh pegi jejalan kat sana. Release tension ka..apa ka. Jom intai gambar
ni pantainya. tapi sekarang dah penuh dengan batu2 besar sebab dah terhakis.  hmm... 




merenung ke hadapan

besties :)

Dah jalan2 kat Gong Badak. Jom ke bandar Kuala Terengganu..Dataran Shahbandar :)


oh! tu pelukis potret






Ni satu lagi aktiviti di bawah unit uniform iaitu menyambut keberangkatan balik Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah ke Terengganu. Kitorang dipilih untuk menyambut kepulangan Tuanku. Wehuuu~ rasa bertuah gila bila dapat tengok Tuanku depan mata sendiri..LIVE tau (you all jangan jealous..lalala~).

prasan tak baju kitorang sama? tu la baju korporat namanya

Nampak tak apa yang Ika pegang? Bendera Terengganu! wooohoaaa~ 





Hohoho..tapi kan..gambar Tuanku tak ada la sebab tak sempat nak tangkap pon. Tuanku naik kereta lorrr. Gambar kitorang ja yang ada..hahaha. Ok la kan? :D

Seterusnya, jom ke Tasik Kenyir........

oppss..ada model kat situ =D






Yang ni pulak kat Taman Tamadun Islam (TTI)..

Masjid Kristal!!! wuhuuu~ (tolong excited)




I-scream..hahaha

kitorang tak naik pon cruise ni. gambar ja =P



Dan..jalan punya jalan, tetiba terserempak dengan Dr. Shima and her friends =)
Jom berkenalan.

Dr.Shima yang pegang camera tu, ketua jabatan a.k.a Dr. Marinah yang sebelah Dr. Shima..tudung warna merah, yang tinggi lampai tu supervisor Dr. Shima


Last but not least, Annual grand Dinner KKK. Gambar2 ni letak last sebab nampak macam ekslusif..hahaha (tolong tahan muntah anda). Here are the pictures..

Masjid Terapung. Solat maghrib kat sini sebelum ke TER untuk dinner

Terengganu Equestrian Resort (TER)




the meals

Macam mana? Ekslusif kan..kan..kan? hahaha... Haruslah ekslusif. Siap ada karpet merah bagai kan. Berangan la jadi fofular jap :D 

Fuuuhhh!!! Penat scroll ke bawah? Kan dah bagi warning kat atas. Haaaa..banyak kan? Harusla banyak. Setahun kot. Kalau ikut rasa hati ni, nak masukkan semua (tamak). Tapi dah malas nak bergelut dengan internet yang macam siput ni. At last, tu ja yang mampu nak masukkan. Eh! Ada banyak lagi sebenarnya. Majlis Riang Raya KKK, Orientasi KKK, bla..bla..bla... Ya, banyak. Tolongla percaya ~.~

So, sapa cakap dok kat UMT tak boleh buat apa2? Sapa cakap kat Terengganu tak ada apa2? Haishhh... Bersyukur la wahai sekalian manusia. Kalau Ika tak dapat UMT, mungkin Ika tak sampai Terengganu lagi. Bila tahun la agaknya boleh sampai. Then, say what? Alhamdulillah... =)   

p/s : sorry for the bad language and also for the bad quality of pictures