Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, 29 June 2012

ISLAM ITU MUDAH


Hello! Assalamu'alaikum...

Sebenarnya Islam itu dah mudahkan hidup kita dalam mencari penyelesaian sesuatu. Cuba tengok balik garis panduan dan hadith2 sahih dalam Islam. It's simple. Satu contoh, mencari pasangan hidup (perempuan).

Islam dah gariskan beberapa ciri yang perlu dilihat dalam memilih isteri kan?
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang bermaksud:

"Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara :
 1) kerana hartanya
 2) kerana keturunannya
 3) kerana kecantikannnya
 4) kerana agamanya


Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia." -Hadith Riwayat Imam Bukhari & Muslim.


Simple kan? Tapi, zaman sekarang ni, manusia itu sendiri yang membuatkan ianya menjadi susah. Kenapa?
Mana tak susahnya.. Tengok ni.. Ciri2 yang ditetapkan seperti:
 1) berpendidikan (nak yang tinggi2 ja)
 2) bekerjaya (nak yang hebat2)
 3) asal mana? (kalau boleh nak orang dekat ja)
 4) taraf (nak yang sama taraf. Enggang sama enggang, pipit sama pipit)


Ok. Fine! Nak sangat yang 'perfect' kan? Cari la sampai tua. Alamatnya, tak kahwin2 la nanti :P


So, nak yang senang ka nak yang susah? Fikirkan... 


ini lebih baik ^_^

No comments:

Post a Comment